Pendakian Gunung Stong, Dabong, Kelantan
Gunung Stong terletak di Dabong, Kelantan iaitu di Daerah Kuala Krai Selatan. Gunung ini mempunyai ketinggian 4,664 kaki (1,421 meter) dari aras laut. Gunung ini merupakan gunung yang amat popular di kalangan pendaki dari seluruh Malaysia. Tarikan utama yang terdapat di gunung ini ialah air terjun Jelawang setinggi 303 meter dari aras laut dan merupakan air terjun tertinggi di Asia Tenggara.
Pantai Sri Tujoh
Tarikan / Aktiviti
- Fenomena tujuh teluk yang tidak boleh didapati di tempat lain
- Pelbagai aktiviti sukan air termasuk berenang
- Bermain bola tampar
- Berkhemah
- Pertandingan wau Antarabangsa
- Melihat aktiviti nelayan menebar jala dari tepi pantai
- Bot ski
- Menikmati panorama laut
- Berkhemah sambil memancing ikan
- Muzium Wau Kelantan
Gelanggang Seni
Dalam mengejar erti pembangunan kerajaan Kelantan juga tidak pernah mengabaikan seni warisan budaya rakyat negeri ini. Sehubungan dengan itu, Gelanggang Seni yang terletak di Jalan Sultan Mahmud iaitu kira-kira 2 km dari pusat bandar Kota Bharu diwujudkan.
Pusat ini sentiasa menjadi daya tarikan kepada para pelancong dan kepada anak-anak Kelantan yang cintakan seni warisan bangsa untuk berkampung dan mempersembahkan persembahan masing-masing. Antara persembahan yang masih digemari dan kerap diadakan ialah dikir barat, Rebana Ubi, permainan gasing, dan wau bulan. Persembahan ini diadakan pada hari Rabu setiap minggu secara bergilir-gilir
No comments:
Post a Comment