Sunday, 21 May 2017

TEMPAT PENGINAPAN

Tok Aman Bali
Paling laris

Tok Aman Bali 4 bintang
Kampong Ayer Tawar   (8 km dari Kampong Ayer Terjun Pinang)

 
Tok Aman Bali terletak di Pasir Puteh, 5 minit berjalan kaki singkat dari Pantai Tok Bali.
Telah ditempah 2 kali dalam 6 jam yang lalu
Tempahan terkini: 4 jam yang lalu
Kolam Renang Luaran
Nilai Hebat hari ini
Nilai hebat untuk wang pada tarikh akan datang
 Pantai

AKTIVITI AKTIVITI MENARIK


Pendakian Gunung Stong, Dabong, Kelantan

Image result for air terjun jelawang

Image result for kem baha gunung stong
Gunung Stong terletak di Dabong, Kelantan iaitu di Daerah Kuala Krai Selatan. Gunung ini mempunyai ketinggian 4,664 kaki (1,421 meter) dari aras laut. Gunung ini merupakan gunung yang amat popular di kalangan pendaki dari seluruh Malaysia. Tarikan utama yang terdapat di gunung ini ialah air terjun Jelawang setinggi 303 meter dari aras laut dan merupakan air terjun tertinggi di Asia Tenggara.



Pantai Sri Tujoh

Image result for pantai sri tujuh pesta wau
Pantai Sri Tujuh terletak di Tumpat Kelantan. Ia dinamakan Pantai Sri Tujuh kerana terdapat 7 buah teluk atau lebih di sini. Ia merupakan kawasan rekreasi yang menarik kepada pengunjung terutama dari Kelantan. Pantai Sri Tujuh berhampiran dengan Pengkalan Kubur dan Stesen keretapi Tumpat. Pengunjung dari Kuala Lumpur boleh ke sini dengan menaiki kereta api dengan bayaran RM32 seorang. Banyak teksi dan kereta sewa di stesen kereta api untuk pergi ke pantai.

Tarikan / Aktiviti

  • Fenomena tujuh teluk yang tidak boleh didapati di tempat lain
  • Pelbagai aktiviti sukan air termasuk berenang
  • Bermain bola tampar
  • Berkhemah
  • Pertandingan wau Antarabangsa
  • Melihat aktiviti nelayan menebar jala dari tepi pantai
  • Bot ski
  • Menikmati panorama laut
  • Berkhemah sambil memancing ikan
  • Muzium Wau Kelantan


Gelanggang Seni

Image result for gelanggang seni kelantan
Dalam mengejar erti pembangunan kerajaan Kelantan juga tidak pernah mengabaikan seni warisan budaya rakyat negeri ini. Sehubungan dengan itu, Gelanggang Seni yang terletak di Jalan Sultan Mahmud iaitu kira-kira 2 km dari pusat bandar Kota Bharu diwujudkan.
Pusat ini sentiasa menjadi daya tarikan kepada para pelancong dan kepada anak-anak Kelantan yang cintakan seni warisan bangsa untuk berkampung dan mempersembahkan persembahan masing-masing. Antara persembahan yang masih digemari dan kerap diadakan ialah dikir baratRebana Ubi, permainan gasing, dan wau bulan. Persembahan ini diadakan pada hari Rabu setiap minggu secara bergilir-gilir
TEMPAT TEMPAT MENARIK

Wakaf Che Yeh

Image result for wakaf che yeh
Related image
Tempat shopping yang amat galak bila malam menjelma. Orang ramai akan berpusu ke Wakaf Che Yeh menjelang petang, dan terdapat banyak barangan seperti kain batik, kain sarung, pelikat pants, seluar jeans pelbagai jenama, mainan kanak-kanak, aksesori kenderaan, pinggan mangkuk, kelengkapan bilik tidur, pakaian dijual dengan harga yang murah dan berpatutan. Di sini juga anda boleh dapat makanan tradisional Kelantan yang dijual di warung tepi jalan, dan juga kedai makan berhampiran.


Masjid Beijing di Rantau Panjang


Masjid Beijing di Rantau Panjang Kelantan menjadi tarikan kerana
Bangunan tersebut adalah Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau turut digelar Masjid Beijing dan keindahan seni binanya diakui berjaya menggamit ramai pengunjung serta pelancong untuk ke situ.
Selain bentuk bumbung­nya yang melengkung ke atas seakan-akan tokong, turut mencuri tumpuan ialah menara berbentuk serban disokong dengan lilitan unik di bahagian bawah.

Pasar Besar Siti Khadijah

Pasar Siti Khadijah
Pasar Siti Khadijah. Tak sah kalau anda tak singgah di Pasar Besar Siti Khadijah ini. Antara lokasi dan tempat terakhir yang patut anda kunjungi jika ke Kota Bharu. Ada banyak ole-ole buatan Kelantan yang boleh didapati di sini. In Sha Allah, dengan bajet RM20 anda boleh dapat sesuatu yang tidak terjual di tempat lain


Tengku Anis, Kota Bharu Kelantan. Sudah agak lama tidak ke sini. Kali terakhir seingat saya pada tahun 2004 di mana waktu itu ia baru sahaja


Pantai Cahaya Bulan (Cinta Berahi)

Credit: chaletandresortpantaicahayabulan.blogspot.com
Antara destinasi popular di Kelantan adalah Pantai Cahaya Bulan. Anda tidak boleh mandi di pantai ini kerana permukaan pantai berbatu bukan berpasir. Tapi masih boleh bersama dengan anak-anak untuk bermain layang-layang. Ramai peniaga yang menjual layang-layang di sini, tidak kurang juga yang menjual pelbagai makanan dan minuman. Jika anda berminat dengan suasana pantai di Kelantan, saya cadangkan untuk anda book hotel ….. Kerana terletak berhampiran pantai Cahaya Bulan atau Cinta Berahi ini.

Kota Sultan Ismail


Image result for tempat menarik di kelantan PINTU GERBANG
awasan Kota Sultan Ismail Petra ini merupakan kawasan tumpuan utama pelancongan di Kelantan. Terdapat pelbagai monumen bersejarah di sini seperti Padang Merdeka, Bank Pitis, Bank Kerapu, Istana Jahar dan Istana Balai Besar.

MAKANAN

Nasi Kerabu
Nasi Kerabu merupakan hidangan nasi Melayu, sejenis nasi ulam dimana nasinya berwarna biru dan dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, solok lada, keropok, jeruk dan sayur atau ulam yang lain. Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga kembang telang yang digunakan dalam masakan itu. Nasi ini boleh juga dimasak sebagai nasi putih atau nasi menggunakan kunyit.

kuih lompat tikam


Budu
Budu adalah sejenis sos ikan yang cukup terkenal di Kelantan yang biasanya dimakan bersama nasi dan ulam-ulaman. Ia diperbuat daripada ikan bilis dan garam yang diperam sehingga memberikan rasa dan bau yang unik. Bukan sahaja rasanya yang sedap malah ia juga sumber terbaik Vitamin B12 dan garam galian seperti kalsium, natrium, magnesium, zat besi dan fosforus.

budu



Laksam Kelantan
Laksam amat terkenal sebagai salah satu menu sarapan pagi di negeri Kelantan. Laksam yang diperbuat daripada tepung beras dan tepung jagung ini dimakan bersama kuah ikan bersantan pekat. Lebih enak sekiranya digaul bersama ulam-ulaman dan sambal belacan.
Laksam Kelantan

MAKLUMAT SYARIKAT

NAMA SYARIKAT: AIMAN TRAVEL
ALAMAT: LOT 205 JALAN MUTIARA 18000 KUALA KRAI KELANTAN
NO.TEL: 0111-000000
EMAIL: AIMANMANAF@GMAIL.COM

PETA


Kelantan Darul Naim (Jawiکلنتن دار النعيم; Sebutan tempatan: [klaˈtɛ]) atau nama pendeknya Kelantan merupakan sebuah negeri daripada 13 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan k asli. Mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km², terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan Provinsi NarathiwatThailand (lihat peta). Kelantan ialah sebuah negeri agraria (pertanian) yang mempunyai banyak kawasan tanaman padi dan perkampungan nelayan.